Friday, 30 September 2011

Part 1: Keputusan...

"Oiit..anak dara~~! apa duk termenung kat tangga ni??" tegur Angah mengusir lamunan Syafiqa. 
     
"alaa Angah ni, potong queue la.." 
     
"apa yang queue nya, tengah beratur nak masuk panggung ke apa, orang nak lalu lalang pun susah ni makcik oiii..hah tu~ ada port baik punye...gi la sambung 'queue' kat sana..haha.." perli Angah mengusik.. 
    
"adapun, tangga ini sudah cukup fix untuk patik terbang ke kayangan, usah lah tuan hamba mempelawa patik beradu di port favourite tuan hamba itu...reban ayam~~! hahahahaha..." gelak Syafiqa mengenakan Angahnya. Begitu la gelagatnya dua beradik bila berjumpa setelah sekian lama. Masing-masing ada sahaja perkara yang nak dijadikan bahan. Malas mahu melayan karenah anak dara yang sorang tu, Syafiq terus bergegas ke dapur meninggalkan Syafiqa yang sudah kembali melayan angan-angan nya tadi.

Apa yang patut aku buat ni? I must choose, either one.. Ya Allah, susahnya nak buat pilihan.. bisik hati kecil Syafiqa yang dari tadi ligat memikirkan jawapan yang terbaik yang perlu dia pilih. Istikharah~~!!

Usai solat Isyak berjemaah, Pak Man memulakan sesi perkongsian bersama keluarganya seperti biasa. Perkara lazim bila berkumpul semuanya.

“Iqa, abah dengar Iqa ada berita nak sampaikan, bolehlah ceritakan sekarang, semua pun boleh dengar.” Pinta Pak Man, kerana sudah pun jelas dengan tujuan Iqa balik ke kampung kali ini, kerana cuti Hari Raya Aidilfitri baru saja berakhir. Kebetulan, Syafiq yang bekerja sebagai Tentera Laut Navy, sedang bercuti panjang, jadi masih berada di kampung halaman. Alongnya Syafira, sudahpun berkahwin dan menetap di Kuala Pilah bersama suami, dah pun kembali ke Kuala Pilah setelah habis cuti raya.

“Abah, Ummi, Angah.. sebenarnya, Iqa dapat tawaran dari Boss kat tempat kerja Iqa.” Terang Iqa sepatah demi sepatah.
“Tawaran apa?” Soal Pak Man. “Tawaran untuk jadi Head Training Manager.” Jawab Iqa ringkas.

“Wah! Ada orang nak naik pangkat rupanya, naik pelaminnya bila?” Usik Angah tak semena-mena. Pantas tangan Mak Mon mencubit peha Syafiq yang masih cuba mengusik Iqa yang dah mula menarik muncung ‘itik’, seperti kata Syafiq selalu apabila Iqa merajuk setelah diusiknya.

“Tahniah anak Abah, dapat naik pangkat. Tapi kenapa macam tak suka je ni?” Seru Pak Man semula apabila Syafiq sudah diam.

“Sebenarnya Abah, Iqa diminta untuk jadi Head Training Manager di Branch baru company yang kat Korea tu, dia mintak Iqa jadi permanent kat sana untuk 2 tahun.” Terang Iqa lagi sejelasnya dengan air muka yang muram. Barulah Pak Man faham kenapa Iqa sampaikan berita ini dengan wajah yang suram. Sedih rupanya hendak berpisah dengan keluarga merantau ke Negara asing tu. Itu yang bermain di fikiran Pak Man.

“Abah tak kisah, kalau itu yang Iqa mahu, Abah izinkan.” Kata Pak Man setelah faham akan keadaannya. “Iqa buat la keputusannya, mana baik untuk Iqa, baik la untuk Abah dan Ummi.” Sampuk Mak Mon yang dari tadi mendiamkan diri di sebelah Pak Man. Akhirnya, Iqa mengangguk berat, mengiyakan kata-kata Abah dan Umminya.

Syafiq memandang Iqa dalam mood yang masih ingin mengusik, tapi, disebalik gurau senda Syafiq yang dari tadi tak putus mengenakan Iqa, jauh di sudut hatinya, terasa bagai ada sesuatu yang Iqa simpan tanpa diluahkan. ‘Pasti akan dikorek keluar isinya nanti’. Fikir Syafiq sendirian. Sambil memandang wajah adiknya yang sedang senyum dalam kepahitan itu.

Bagi Iqa, mungkin Abah dan Ummi masih tak tahu, kenapa sebenarnya, sangat berat hatinya untuk menerima tawaran tersebut. Tapi, tak semua perkara senang untuk diceritakan, dan tak semua hal boleh dikongsikan. Dia masih cuba memikul sendiri perasaan yang berat bersarang di hatinya itu. Itu pilihannya sekarang. Di hadapan, belum tentu lagi. Iqa akur akan kehendak takdir, jika ini takdirnya yang perlu dia lalui, dia redha.

“Tok..Tok….” bunyi pintu biliknya diketuk, pantas Iqa bangun membuka pintu. Terjongol kepala Syafiq dengan sengih iklan colgate nya.

“Tuan Puteri sudah mau beradu kah? Boleh kah patik masuk mencemar duli?” Sudah mula lagi Syafiq dengan ayat-ayat zaman Hang Tuahnya tu menyebabkan Iqa tergelak kecil melihat telatah Angah nya yang tak pernah sudah untuk mengusiknya. ‘Nasib baik jugak la ada Angah ni untuk buat lawak sarkastiknya, boleh jugak aku gelak sikit’. Iqa bermonolog sendirian di dalam hati.

“Kenapa ni? Cuba habaq mai kat Angah” Syafiq memulakan misinya untuk mengorek isi hati yang cuba disorok Syafiqa. “Apa??” Soal Syafiqa kembali seolah-olah tidak faham akan maksud Angahnya itu. “Iqa tak nak pergi kan?” Syafiq meneka setelah Syafiqa cuba mendiamkan diri. “Kenapa Angah rasa macam tu?” Soal Syafiqa balik, terkejut dengan tekaan Abangnya yang sememangnya tepat. “Kenapa tak nak pergi? Berat hati nak tinggal saper ni??” Syafiq tidak menjawab persoalan Syafiqa, malahan memulangkan persoalan yang membuatkan Syafiqa cuak tiba-tiba. Perasaan hatinya sudah tak mampu disorok lagi, tambahan pula, Angah sememangnya dah tau kisah hatinya yang dah dikatup rapat selama 4 tahun lamanya, kisah tentang ‘dia’…



Kuk…kuk…kuk…bunyi alu bertemu lesungnya semakin kuat memecah kesunyian dalam rumah Pak Man. “Ummi nak masak apa??” Soal Syafiqa pada Mak Mon yang makin rancak menumbuk rempah ratus yang nak dibuat gulai asam pedas kesukaan anak bongsunya itu. Itulah menu wajib yang disediakan Mak Mon bila adanya Syafiqa di kampung. “Apa lagi kalau bukan asam pedas ikan keli ni haa…Iqa kan suka makan ni..”. Sebut aje dah buat Syafiqa kecur air liur, sedapnyerrr~~~~!!! 

“Ummi, abah mana? Tak nampak pun dari tadi..”, Syafiqa bertanya lagi bila tak nampak kelibat Pak Man dari pagi tadi lagi. “kemana lagi abah kamu tu kalau tak di kebunnya tu, hari tu dia dah mula tanam pokok Vanila pulak, banyak la sikit kerjanya nak dibuat.” Itulah hobi baru Pak Man setelah bersara setahun yang lalu. Dari sayur-sayuran hidroponik, tambah lagi tanaman herba pastu sekarang pulak pokok Vanila, bahagia betul dia dengan kebunnya tu. 

“Iqa, dah buat ke keputusannya, Iqa nak pergi ke? Ummi tak halang kalau Iqa nak pergi tapi kalau Iqa tak nak pergi, ummi lagi suka…” kata Mak Mon dalam nada bergurau untuk mencuit hati anak daranya yang kelihatan murung. Baginya, selepas menceritakan tentang tawaran itu pada keluarga semalam, Iqa kelihatan kusut. Dia tak pasti, sebenarnya Iqa suka atau tidak dengan tawaran tu. Detik hatinya kuat mengatakan yang Iqa sebenarnya tak nak pergi.



“Abah, Ummi, Iqa gerak dulu yer…” Setelah 3 hari masa dihabiskan di kampung, Syafiqa akhirnya yakin dengan gerak hatinya kali ini. “Iqa dah betul-betul yakin ke dengan keputusan Iqa ni?” Persoal Pak Man sekali lagi pada anak bongsunya itu. 

“InsyaAllah Bah, buat masa ni, tu la keputusan yang mampu Iqa pilih…Iqa yakin.. moga Allah permudahkan segala urusan Iqa..” Jelas Syafiqa pada Pak Man dan Mak Mon sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.  

 “Abah, Ummi, doakan Iqa yer..” Mohon Iqa. Syafiqa nekad, inilah keputusan yang dah dia buat waktu ini, dia takkan pergi ke sana. Titik.

[30-09-2011:1.00AM] Fresh start...

Salam and greetings~~!!!^^ agak lama tak menjenguk ke sini...niat asal ingin berkongsi karya pertama ku yang berjudul "Hidayah itu Milik Allah..", akhirnya terlaksana jua..tapi, mohon maaf..sebab bukanlah e-novel yang dah complete 100%...still in progress...hehe... So, enjoy the moments and hope to have some feedback from all of you~!!^^ I'm still new and tak berbakat pun untuk jadi penulis sebenarnya, it's just my new aim, to create a novel for me myself and everyone... got some idea but not yet the full story... hoho~~^^ enjoy your self~~!!! ^_^

Prolog: "Hidayah Itu Milik Allah..."

Suasana di Lone Asia Inc. agak sepi hari ni berbanding hari biasa..masih tak ramai staff yang masuk kerja, maklum la, cuti raya tak habis lagi. Yang ada cuma Syafiqa dan beberapa orang staff lain yang sudahpun kembali untuk memulakan tugasan yang tertangguh. Begitu la tanggungjawabnya bila sudah bergelar manager.

“Cik Syafiqa, boss panggil ke biliknya.” “Hah~! Sekarang ker?......okey”

Apa hal pulak Mr.Liew ni, buat kecut perut aje, eh, ke aku ada KIV dia nya keje hah? Haish..mana ada, aku da siapkan sume da sebelum cuti ari tu..kenapa ek??

“Tok~tok~tok…” “Masuk……oh Syafiqa, sila duduk..”

Have you enjoyed your holiday Syafiqa?” Soal Mr.Liew tetiba membuatkan kepala rasa cam tersenget tiba-tiba. Pekena ngan boss aku hari ni, baik semacam jek..nak bodek kuih raya la tu…andaian yang tak masuk akal..okey~~! Back to your sense Syafiqa~~!

Yes, I am Mr.Liew~!”

“Tujuan I panggil you ni sebab nak sampaikan pesan Mr.Park, masih ingat dia?”

“Owh…mesti la ingat Mr.Liew…Head Officer Lone Korea Inc. di South Korea…tapi kenapa??”

‘Alamak, pesanan apa pulak ni…ada ke patut tanya aku ingat tak, baru 2 bulan je kot aku balik dari sana’. Detik hati Iqa.

Lone Korea Inc. merupakan syarikat yang baru ditubuhkan dibawah kelolaan Lone Asia Inc. untuk melebarkan lagi pengaruh produk eLonez ke serata Asia dan dunia.

‘Lagipun Mr.Park yang banyak tolong aku kat Negara asing tu. Nak suruh aku outstation ke sana lagi ker? Boleh aje..haha..hari tu tak sempat nak jalan-jalan pun, mau beku aku nak keluar rumah..eh, mngelamun pulak~~!’

“Macam ni, sekarang di sana mereka perlukan trainer untuk training staf-staf baru, you pun jelas kan dengan situasi branch di sana, masih banyak yang perlu diuruskan. Jadi, Mr.Park harapkan you boleh tolong dia lagi sekali...” ‘tolong dia..??’ Satu ayat tu dah cukup buat Iqa faham apa tugasan nya kali ni, tapi…masih ada yang belum jelas dan perlu dijelaskan. “tapi Syafiqa…” tiba-tiba Mr.Liew menyambung kembali penjelasannya yang belum sudah tadi. “…dia harapkan you boleh jadi permanent Head Training Manager di sana untuk 2 tahun...”

Wah…sudah faham la sekarang, arahan yang cukup pendek tapi telah buatkan Syafiqa termenung panjang.

Lone Asia Inc. merupakan anak syarikat bagi sebuah syarikat besar yang bertapak di United Stated of America iaitu Lone World Inc. yang mencipta pelbagai Software dan Hardware yang dikenali dengan jenama eLonez. Lone Asia Inc. merupakan salah satu HQ yang terbesar di Asia yang bertapak di Malaysia dan bertanggungjawab dalam memperkenalkan produk-produk baru keluaran Lone World Inc.

“ 2 tahun…?” soal Syafiqa. “ Yes, 2 yearsthat’s mean you akan menetap di sana la sepanjang 2 tahun tu, don’t worry about the accommodation, company akan sediakan rumah untuk you dan elaun sara hidup di sana pun agak tinggi berbanding di sini…” terang Mr.Liew lagi. Masalah bagi Syafiqa sekarang bukanlah masalah tempat tinggal ataupun elaun tapi... masalah ‘hati’ yang belum sudah… Tawaran tu memang lah menarik tapi tarikan di sudut hatinya lagi membuatkan dia resah samaada untuk menerima mahupun menolak. “It’s ok if you cannot come with some answers now, we’ll give you times till next week to think trough it, ask your family or what else you should do to make the decision, then baru you bagi tau I keputusan you. Tawaran ni bukan lah paksaan untuk you, cuma ini harapan Mr.Park yang nak berkerjasama dengan you, he trust you Syafiqa…” Lagi sekali Mr.Liew menerangkan dengan penuh harapan, tinggallah keputusan di tangan Syafiqa samaada menerima mahupun menolak. “Okey, thanks Mr.Liew, I’ll take the time to think through it…” Sebaris kata disusun agar tak mengecilkan hati boss nya, juga memberi sedikit harapan di atas harapan seorang yang pernah berbudi dengannya.

Disebabkan oleh kefasihan Syafika dalam berbahasa Korea dan kebolehannya dalam menguruskan kerja-kerja disana sebelum ini membawa pada kepercayaan dan harapan yang tinggi dari Mr.Park.

He trust you Syafiqa...’ berulang-ulang ayat tu bermain dalam fikiran Syafiqa. Berkali-kali jugak la gambaran ‘2 tahun’ berlegar di ruang matanya. ‘Should I go…? or perlu kah aku mencari ‘dia’ terlebih dahulu…?’ 2 tahun bukanlah waktu yang singkat, kalau pergi maksudnya dalam tempoh 2 tahun aku takkan dapat cari dia, dalam masa 2 tahun macam-macam boleh berlaku, ntah-ntah aku jumpa dia nanti dah kendong anak ke apa…? Haishhh..kusut..okey, relax Syafiqa, kau masih ada masa 7 hari untuk fikir..fikir slow-slow

by,
Najjah...

Sunday, 29 May 2011

The Beginning . . .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca...^_^ Have a nice day! Dunno what to say... haha~~ Actually, this blog was created to share my own thought, my ideas and so on.. That is actually what blogs for.. haha~~