"Oiit..anak dara~~! apa
duk termenung kat tangga ni??" tegur Angah mengusir lamunan Syafiqa.
"alaa Angah ni, potong queue la.."
"apa yang queue nya, tengah beratur nak masuk panggung ke apa,
orang nak lalu lalang pun susah ni makcik oiii..hah tu~ ada port baik
punye...gi la sambung 'queue' kat sana..haha.." perli Angah
mengusik..
"adapun, tangga ini sudah cukup fix untuk patik terbang ke kayangan,
usah lah tuan hamba mempelawa patik beradu di port favourite tuan hamba
itu...reban ayam~~! hahahahaha..." gelak Syafiqa mengenakan Angahnya.
Begitu la gelagatnya dua beradik bila berjumpa setelah sekian lama.
Masing-masing ada sahaja perkara yang nak dijadikan bahan. Malas mahu melayan
karenah anak dara yang sorang tu, Syafiq terus bergegas ke dapur meninggalkan
Syafiqa yang sudah kembali melayan angan-angan nya tadi.
Apa yang patut aku buat ni? I
must choose, either one.. Ya Allah, susahnya nak buat pilihan.. bisik hati
kecil Syafiqa yang dari tadi ligat memikirkan jawapan yang terbaik yang perlu
dia pilih. Istikharah~~!!
Usai solat Isyak berjemaah,
Pak Man memulakan sesi perkongsian bersama keluarganya seperti biasa. Perkara
lazim bila berkumpul semuanya.
“Iqa, abah dengar Iqa ada
berita nak sampaikan, bolehlah ceritakan sekarang, semua pun boleh dengar.”
Pinta Pak Man, kerana sudah pun jelas dengan tujuan Iqa balik ke kampung kali
ini, kerana cuti Hari Raya Aidilfitri baru saja berakhir. Kebetulan, Syafiq yang
bekerja sebagai Tentera Laut Navy, sedang bercuti panjang, jadi masih
berada di kampung halaman. Alongnya Syafira, sudahpun berkahwin dan menetap di
Kuala Pilah bersama suami, dah pun kembali ke Kuala Pilah setelah habis cuti
raya.
“Abah, Ummi, Angah..
sebenarnya, Iqa dapat tawaran dari Boss kat tempat kerja Iqa.” Terang Iqa
sepatah demi sepatah.
“Tawaran apa?” Soal Pak Man.
“Tawaran untuk jadi Head Training Manager.” Jawab Iqa ringkas.
“Wah! Ada orang nak naik
pangkat rupanya, naik pelaminnya bila?” Usik Angah tak semena-mena. Pantas
tangan Mak Mon mencubit peha Syafiq yang masih cuba mengusik Iqa yang dah mula
menarik muncung ‘itik’, seperti kata Syafiq selalu apabila Iqa merajuk setelah
diusiknya.
“Tahniah anak Abah, dapat naik
pangkat. Tapi kenapa macam tak suka je ni?” Seru Pak Man semula apabila Syafiq
sudah diam.
“Sebenarnya Abah, Iqa diminta
untuk jadi Head Training Manager di Branch baru company
yang kat Korea tu, dia mintak Iqa jadi permanent kat sana untuk 2
tahun.” Terang Iqa lagi sejelasnya dengan air muka yang muram. Barulah Pak Man
faham kenapa Iqa sampaikan berita ini dengan wajah yang suram. Sedih rupanya
hendak berpisah dengan keluarga merantau ke Negara asing tu. Itu yang bermain
di fikiran Pak Man.
“Abah tak kisah, kalau itu
yang Iqa mahu, Abah izinkan.” Kata Pak Man setelah faham akan keadaannya. “Iqa
buat la keputusannya, mana baik untuk Iqa, baik la untuk Abah dan Ummi.” Sampuk
Mak Mon yang dari tadi mendiamkan diri di sebelah Pak Man. Akhirnya, Iqa
mengangguk berat, mengiyakan kata-kata Abah dan Umminya.
Syafiq memandang Iqa dalam mood
yang masih ingin mengusik, tapi, disebalik gurau senda Syafiq yang dari tadi
tak putus mengenakan Iqa, jauh di sudut hatinya, terasa bagai ada sesuatu yang
Iqa simpan tanpa diluahkan. ‘Pasti akan dikorek keluar isinya nanti’. Fikir
Syafiq sendirian. Sambil memandang wajah adiknya yang sedang senyum dalam
kepahitan itu.
Bagi Iqa, mungkin Abah dan
Ummi masih tak tahu, kenapa sebenarnya, sangat berat hatinya untuk menerima
tawaran tersebut. Tapi, tak semua perkara senang untuk diceritakan, dan tak
semua hal boleh dikongsikan. Dia masih cuba memikul sendiri perasaan yang berat
bersarang di hatinya itu. Itu pilihannya sekarang. Di hadapan, belum tentu
lagi. Iqa akur akan kehendak takdir, jika ini takdirnya yang perlu dia lalui,
dia redha.
“Tok..Tok….” bunyi pintu
biliknya diketuk, pantas Iqa bangun membuka pintu. Terjongol kepala Syafiq
dengan sengih iklan colgate nya.
“Tuan Puteri sudah mau beradu
kah? Boleh kah patik masuk mencemar duli?” Sudah mula lagi Syafiq dengan
ayat-ayat zaman Hang Tuahnya tu menyebabkan Iqa tergelak kecil melihat telatah
Angah nya yang tak pernah sudah untuk mengusiknya. ‘Nasib baik jugak la ada
Angah ni untuk buat lawak sarkastiknya, boleh jugak aku gelak sikit’. Iqa
bermonolog sendirian di dalam hati.
“Kenapa ni? Cuba habaq mai kat
Angah” Syafiq memulakan misinya untuk mengorek isi hati yang cuba disorok
Syafiqa. “Apa??” Soal Syafiqa kembali seolah-olah tidak faham akan maksud
Angahnya itu. “Iqa tak nak pergi kan?” Syafiq meneka setelah Syafiqa cuba
mendiamkan diri. “Kenapa Angah rasa macam tu?” Soal Syafiqa balik, terkejut
dengan tekaan Abangnya yang sememangnya tepat. “Kenapa tak nak pergi? Berat
hati nak tinggal saper ni??” Syafiq tidak menjawab persoalan Syafiqa, malahan
memulangkan persoalan yang membuatkan Syafiqa cuak tiba-tiba. Perasaan hatinya
sudah tak mampu disorok lagi, tambahan pula, Angah sememangnya dah tau kisah
hatinya yang dah dikatup rapat selama 4 tahun lamanya, kisah tentang ‘dia’…
Kuk…kuk…kuk…bunyi alu bertemu
lesungnya semakin kuat memecah kesunyian dalam rumah Pak Man. “Ummi nak masak
apa??” Soal Syafiqa pada Mak Mon yang makin rancak menumbuk rempah ratus yang
nak dibuat gulai asam pedas kesukaan anak bongsunya itu. Itulah menu wajib yang
disediakan Mak Mon bila adanya Syafiqa di kampung. “Apa lagi kalau bukan asam
pedas ikan keli ni haa…Iqa kan suka makan ni..”. Sebut aje dah buat Syafiqa
kecur air liur, sedapnyerrr~~~~!!!
“Ummi, abah mana? Tak nampak pun dari
tadi..”, Syafiqa bertanya lagi bila tak nampak kelibat Pak Man dari pagi tadi
lagi. “kemana lagi abah kamu tu kalau tak di kebunnya tu, hari tu dia dah mula
tanam pokok Vanila pulak, banyak la sikit kerjanya nak dibuat.” Itulah hobi
baru Pak Man setelah bersara setahun yang lalu. Dari sayur-sayuran hidroponik,
tambah lagi tanaman herba pastu sekarang pulak pokok Vanila, bahagia betul dia
dengan kebunnya tu.
“Iqa, dah buat ke keputusannya, Iqa nak pergi ke? Ummi tak
halang kalau Iqa nak pergi tapi kalau Iqa tak nak pergi, ummi lagi suka…” kata
Mak Mon dalam nada bergurau untuk mencuit hati anak daranya yang kelihatan
murung. Baginya, selepas menceritakan tentang tawaran itu pada keluarga
semalam, Iqa kelihatan kusut. Dia tak pasti, sebenarnya Iqa suka atau tidak
dengan tawaran tu. Detik hatinya kuat mengatakan yang Iqa sebenarnya tak nak
pergi.
“Abah, Ummi, Iqa gerak dulu
yer…” Setelah 3 hari masa dihabiskan di kampung, Syafiqa akhirnya yakin dengan
gerak hatinya kali ini. “Iqa dah betul-betul yakin ke dengan keputusan Iqa ni?”
Persoal Pak Man sekali lagi pada anak bongsunya itu.
“InsyaAllah Bah, buat masa
ni, tu la keputusan yang mampu Iqa pilih…Iqa yakin.. moga Allah permudahkan
segala urusan Iqa..” Jelas Syafiqa pada Pak Man dan Mak Mon sebelum bergerak
pulang ke Kuala Lumpur.
“Abah, Ummi,
doakan Iqa yer..” Mohon Iqa. Syafiqa nekad, inilah keputusan yang dah dia buat
waktu ini, dia takkan pergi ke sana. Titik.