Suasana di Lone Asia Inc.
agak sepi hari ni berbanding hari biasa..masih tak ramai staff yang
masuk kerja, maklum la, cuti raya tak habis lagi. Yang ada cuma Syafiqa dan
beberapa orang staff lain yang sudahpun kembali untuk memulakan tugasan
yang tertangguh. Begitu la tanggungjawabnya bila sudah bergelar manager.
“Cik Syafiqa, boss panggil ke
biliknya.” “Hah~! Sekarang ker?......okey”
Apa hal pulak Mr.Liew ni, buat
kecut perut aje, eh, ke aku ada KIV dia nya keje hah? Haish..mana ada,
aku da siapkan sume da sebelum cuti ari tu..kenapa ek??
“Tok~tok~tok…” “Masuk……oh
Syafiqa, sila duduk..”
“Have you enjoyed your
holiday Syafiqa?” Soal Mr.Liew tetiba membuatkan kepala rasa cam tersenget
tiba-tiba. Pekena ngan boss aku hari ni, baik semacam jek..nak bodek kuih raya
la tu…andaian yang tak masuk akal..okey~~! Back to your sense Syafiqa~~!
“Yes, I am Mr.Liew~!”
“Tujuan I panggil you
ni sebab nak sampaikan pesan Mr.Park, masih ingat dia?”
“Owh…mesti la ingat Mr.Liew…Head
Officer Lone Korea Inc. di South Korea…tapi kenapa??”
‘Alamak, pesanan apa pulak
ni…ada ke patut tanya aku ingat tak, baru 2 bulan je kot aku balik dari sana’.
Detik hati Iqa.
Lone Korea Inc. merupakan syarikat yang baru
ditubuhkan dibawah kelolaan Lone Asia Inc. untuk melebarkan lagi
pengaruh produk eLonez ke serata Asia dan dunia.
‘Lagipun Mr.Park yang banyak
tolong aku kat Negara asing tu. Nak suruh aku outstation ke sana lagi
ker? Boleh aje..haha..hari tu tak sempat nak jalan-jalan pun, mau beku aku nak
keluar rumah..eh, mngelamun pulak~~!’
“Macam ni, sekarang di sana
mereka perlukan trainer untuk training staf-staf baru, you
pun jelas kan dengan situasi branch di sana, masih banyak yang perlu
diuruskan. Jadi, Mr.Park harapkan you boleh tolong dia lagi sekali...”
‘tolong dia..??’ Satu ayat tu dah cukup buat Iqa faham apa tugasan nya kali ni,
tapi…masih ada yang belum jelas dan perlu dijelaskan. “tapi Syafiqa…” tiba-tiba
Mr.Liew menyambung kembali penjelasannya yang belum sudah tadi. “…dia harapkan you
boleh jadi permanent Head Training Manager di sana untuk 2
tahun...”
Wah…sudah faham la sekarang,
arahan yang cukup pendek tapi telah buatkan Syafiqa termenung panjang.
Lone Asia Inc. merupakan anak syarikat bagi
sebuah syarikat besar yang bertapak di United Stated of America iaitu Lone
World Inc. yang mencipta pelbagai Software dan Hardware yang
dikenali dengan jenama eLonez. Lone Asia Inc. merupakan salah satu HQ
yang terbesar di Asia yang bertapak di Malaysia dan bertanggungjawab dalam
memperkenalkan produk-produk baru keluaran Lone World Inc.
“ 2 tahun…?” soal Syafiqa. “ Yes,
2 years…that’s mean you akan menetap di sana la sepanjang
2 tahun tu, don’t worry about the accommodation, company akan
sediakan rumah untuk you dan elaun sara hidup di sana pun agak tinggi
berbanding di sini…” terang Mr.Liew lagi. Masalah bagi Syafiqa sekarang
bukanlah masalah tempat tinggal ataupun elaun tapi... masalah ‘hati’ yang belum
sudah… Tawaran tu memang lah menarik tapi tarikan di sudut hatinya lagi
membuatkan dia resah samaada untuk menerima mahupun menolak. “It’s ok if you
cannot come with some answers now, we’ll give you times till next week to think
trough it, ask your family or what else you should do to make the decision, then
baru you bagi tau I keputusan you. Tawaran ni bukan lah
paksaan untuk you, cuma ini harapan Mr.Park yang nak berkerjasama dengan
you, he trust you Syafiqa…” Lagi sekali Mr.Liew menerangkan
dengan penuh harapan, tinggallah keputusan di tangan Syafiqa samaada menerima
mahupun menolak. “Okey, thanks Mr.Liew, I’ll take the time to think through
it…” Sebaris kata disusun agar tak mengecilkan hati boss nya, juga
memberi sedikit harapan di atas harapan seorang yang pernah berbudi dengannya.
Disebabkan oleh kefasihan
Syafika dalam berbahasa Korea dan kebolehannya dalam menguruskan kerja-kerja
disana sebelum ini membawa pada kepercayaan dan harapan yang tinggi dari
Mr.Park.
‘He trust you
Syafiqa...’ berulang-ulang ayat tu bermain dalam fikiran Syafiqa. Berkali-kali
jugak la gambaran ‘2 tahun’ berlegar di ruang matanya. ‘Should I go…? or
perlu kah aku mencari ‘dia’ terlebih dahulu…?’ 2 tahun bukanlah waktu yang
singkat, kalau pergi maksudnya dalam tempoh 2 tahun aku takkan dapat cari dia,
dalam masa 2 tahun macam-macam boleh berlaku, ntah-ntah aku jumpa dia nanti dah
kendong anak ke apa…? Haishhh..kusut..okey, relax Syafiqa, kau masih ada
masa 7 hari untuk fikir..fikir slow-slow…
by,
No comments:
Post a Comment